Halaman

Selasa, 27 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 1 : Buah Dinar


   Buah Dinar adalah sejenis herba yang sukar untuk ditemui.

   Menurut pengamal perubatan herba, Buah Dinar adalah herba penawar sejak zaman Nabi Allah Nuh a.s.  lagi. 

   Malah pada zaman tersebut buah ini digunakan sebagai matawang, disebabkan ketahanannya dan kesesuaiannya. Namun keberkesanannya sebagai penawar 1001 jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan ilmu hitam dan gangguan makhluk halus.

   Pada permukaan Buah Dinar tertera huruf huruf hijaiyah secara semulajadi. Ada yang mendapat buah dinar yang tertera perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya. 

   Dipercayai berkhasiat untuk merawat tubuh badan. Dari pengalaman mereka yang mengambilnya, diperingkat permulaan minum air Buah Dinar, tubuh badan mereka rasa sakit sementara, tetapi kemudian badan terasa ringan. Terpulang kepada keadaan sakit dan tubuh badan masing masing. 

   Buah Dinar di import dari tanah suci Mekah ini dipercayai digunakan sejak zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Sebelum minum buah ini hadiahkan Alfatihah sekali untuk Nabi Muhammad saw, Nabi Allah Alias a.s dan Nabi Allah Khidir . Insyaallah akan memberi kesan yang baik pada anda semua.

   Antara khasiat uah dinar adalah untuk masalah fizikal :

1. Kencing manis
2. Darah tinggi
3. Sakit jantung
4. Gout
5. Urat saraf
6. Sendi dan tulang
7. Migrain
8. Asma
9. Stroke
10. Buah pinggang
11. Usus berdarah
12. Kanser
13. Lemah tenaga batin

Kaedah :
1. 3 biji buah dinar direndamkan ke dalam satu cawan air suam. Biarkan 1 jam.
2.  Minum air rendaman satu cawan 3 kali sehari.
3. Buah dinar boleh digunakan sehingga warnanya bertukar menjadi kuning atau coklat pudar. Bolehlah dbuang. 

Khasiat dari segi penyakit spiritual atau rohani:
1. Gila
2. Kerasukan
3. Histeria
4. Bisikan atau bayangan jin
5. Meracau
6. Berjalan waktu tidur
7. Lemah semangat/ terkejut
8. Sihir
9. Panas baran
10. Sukar tidur

Kaedah :
1. 3 biji buah dinar direndamkan ke dalam satu cawan air suam. Biarkan 1 jam.
2.  Minum air rendaman satu cawan 3 kali sehari.
3. Sebiji buah dinar ditumbuk halus, dicampurkan dengan sedikit air, disapukan di dahi dijadikan pilis. Guna setiap kali selepas asar dan sebelum tidur. 
4. Sebiji buah dinar di rendamkan dengan 3 biji buah limau purut. Di buat mandian selepas asar pada setiap petang. 

In shaa Allah. Kita hanya Berusaha Berdoa dan Bertawakkal. Pada Allah swt kita berserah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.