Halaman

Khamis, 29 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 2 : Rancang Besi



Pokok herba ini jenis berkayu/ berserat kasar. Batangnya keras berstruktur seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

 Daunnya pula berbentuk seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas kelihatan, bahagian bawah daun lebar, hujung daun pula menirus, warna pada permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

 Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

    Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

 Taburan pokok ini tumbuh meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah, cerun atau lereng bukit. Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk serta lembab.

Penyakit :
1.  Lemah tenaga batin
2.  Masalah urat saraf
3.  Penyakit gonorea
4.  Toksin dalam badan
5. Lumpuh 
6. Stroke
7.  Sakit sendi/tulang


Kaedah :

1. Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum setiap pagi.
2. Dicampur dengan herba yang lain, untuk dimasak sebagai minyak urut.
3. Pucuknya boleh dibuat ulam.
4. Daunnya juga boleh dibuat sup

Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.