Halaman

Jumaat, 30 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 3 : Teja Lawang


Pengenalan

  Pokok herba Teja Lawang merupakan sejenis tumbuhan yang senang didapati di kawasan kampung dan pinggir hutan. Ia biasanya tumbuh liar di kawasan tanah rata. Daun teja bersama daun medang turus yang direbus boleh digunakan sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampir sama. 

  Keseluruhan bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat.Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.

KEGUNAAN : 

1. Akar
 Ubat demam
 Menambah tenaga
 Menolak angin
 Astma
 Batuk
 Lumbago (sakit/sengal pinggang)
 Baik untuk ibu lepas bersalin

2. Daun dan Batangnya
 Penawar racun
 Untuk lemah-lemah tulang

3. Kulit Batang
 Ubat perut mulas
 Pelawas (cuci perut dan usus)

CARA-CARA PENGGUNAAN
1. Akar :
air rebusan (boleh dicampur dengan daunnya sekali, digunakan oleh mandi selepas bersalin. Selain itu boleh digunakan sebagai rawatan demam panas.

2. Daun : 
ditumbuk lumat, cecair diperah dan disapu pada luka akbit terkenan racun sumpitan getah Ipoh atau pun untuk sendi yang mengalami rheumatisme.

3. Pokok :
ambil sedikit kulitnya yang lembut. Kunyah, cecairnya ditelan. mampu merawat perut memulas. Boleh juga kulitnya dibancuh dengan teh herba untuk merangsang cirit birit (kaedah mencuci perut dan usus)

4. Daun :
minyak diekstrak dan digunakan sebagai perisa gula-gula, kuih muih serta manisan.

5. Batang :
digunakan untuk membuat ubat nyamuk, colok, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas kualiti tinggi, cat, gelas,fiber.

6. Kulit pokok: 
dijual di Sarawak yang juga dikenali sebagai ' mesni ' dan juga digunakan sebagai ramuan membuat teh, perisa, rempah ratus.


Kegunaan lain ;

  Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara Khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru bersalin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.