PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Selasa, 10 Ogos 2010

Perkhidmatan Rawatan Alterrnatif Melayu

Di Pusat Urutan ini juga terdapat khidmat Rawatan Tradisional Alternatif Melayu. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit ialah gangguan makhluk halus, buatan orang, terkena rasukkan jin, saka, dan pelbagai lagi penyakit yang tidak dapat di X-RAY ataupun SCAN oleh doktor moden.
Kebanyakan masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai hal ehwal yang bersangkutan dengan Alam Ghaib. Ini berdasarkan pengalaman saya berbicara dengan pesakit dan juga ibu bapa pesakit. Walaupun secara terang-terangan pesakit telah meracau-racau dan menjerit-jerit di depan mata, masih mereka tak percaya. Itulah masalah dan penyakit 'dalaman' masyarakat hari ini. Apabila kita tak percaya kepada Alam Ghaib, macam mana kita nak kenal Allah SWT...... Sebab salah satu cabang Iman ialah percaya kepada Alam Ghaib dan percaya kepada perkara-perkara Ghaib...
Cara pengubatan kami cukup mudah..... melalui air penawar yang didoakan sahaja. (Bergantung kepada tahap serius sesuatu penyakit).
Bayaran untuk perubatan- Ikhlas kerana Allah Taala. Ikut kemampuan pesakit. (jangan le datang berubat naik BMW  k  Porche  k, bila hulur duit .........RM 5.00, katanya ini je yang ada.)   Subhanallah.   Itulah pengalaman saya. Bukan kami nak duit sangat......, tapi patut-patut la bila dah cakap ikhlas.                   Fikir- fikirkanlah, timbang-timbangkanlah wahai sekalian umat manusia............

Sabtu, 7 Ogos 2010

Madu Oh Madu

Madu bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat Melayu. Ia adalah diet makanan yang menjadi kebiasaan kepada orang tua-tua dahulukala. Masyarakat hari ini kurang menggunakan khasiat madu tersebut samaada untuk diet harian atau pengubatan. Ini ditambah pula dengan tindakkan sesetengah penjual yang menipu pembeli. Mereka mencampurkan madu dengan gula  melaka. Apabila disimpan dalm tempoh tertentu maka dapatlah dilihat mendapan gula pada bahgian bawah botol. (lihat gambar yg dilampirkan- MADU TIPU). Oleh itu masyarakat kurang perrcaya kepada penggunaan madu pada hari ini., kerana tujuan asal untuk mengubat telah berrtukar kepada membahayakan kesihatan pengguna. Bayangkan kalau individu yang mengidap penyakit kencing manis(diabetis)  mengambil MADU TIPU satu sudu besar 2 kali sehari selama satu bulan. Akibatnya, lagi berrtambah buruk la kaki individu tersebut.... Maka berhati2lah ketika membeli madu. Jangan percayakan LABEL di botol. Jangan percayakan kata2 jurujual 100 peratus. Belajarlah dari yang tahu... Belajarlah dari pengalaman.... InsyaAllah. Selamat.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jemputan Ke Majlis Penamat 08/08/2010

Perhatian...............
Kepada sesiapa sahaja yg melayari blog ini, anda adalah dijemput ke Majlis Penamat Silat di Pusat Latihan Silat Gayung Ghaib, Bandar Sunway Tambun ( 08/08/2010 jam 3.00 ptg) Beramai-ramailah datang memberi sokongan kepada anak2 gayung. Semoga warisan ini kekal sampai ke anak cucu kita. InsyaAllah. Amin.