PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Jumaat, 18 Julai 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang dijanjikan Allah SWT penuh dengan berkat dan rahmatNya. Bulan 'Pengubat Segala Penyakit Rohani Mahupun Jasmani'.
 
Melalui ibadat pada siang hari dan malam hari , InsyaAllah segala penyakit akan sembuh. Tetapi, adakah kita sedar? Atau bertambah lagi sakit dan penyakit.
 
Ibadah puasa yang diajarkan oleh Nabi Besar Kita , Nabi Muhammad SAW cukup mudah. Tapi kita hari ini lalai dalam mengerjakan ibadah tersebut.  Rasullallah SAW bersahur dan berbuka dengan ala kadar sahaja, yang penting ibadah. Tapi kita  bersahur mahupun berbuka dengan segala macam  makanan sehingga penat nak beribadah. Jadi bertambah malas, bertambahlah penyakit.
 
Semoga kita kembali kepada tujuan asal Ibadah Puasa. Bersederhana dalam melayani Nasfu Badani kita. Utamakan Ibadah. InsyaAllah... Puasa kita bukan sahaja mendapat pahala dan kebajikan dari Allah SWT, tetapi akan sihat dan sejahtera...

Wassalam..