PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Sabtu, 31 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 4 : Sarsi


Pokok herba Sarsi.

   Pokok herba Sarsi merupakan antara pokok hutan yang sangat unik, kerana ianya mengeluarkan bau yang menarik. Baunya sama seperti air kordial Sarsi yang biasa dijual di pasaran.

   Daun, batang dan akar, semuanya mempunyai bau Sarsi. Paling kuat baunya adalah pada bahagian akar.

  melancarkan aliran darah & 

   Saiz batang pokok Sarsi ni boleh membesar mencapai saiz batang pokok kayu balak.

Khasiat :

1.   Membantu membuang angin dalam badan 
2.   Melegakan masalah sakit urat dalaman
3.   Membantu melancarkan peredaran darah
4.  Membantu menghilangkan kesejukan         dalaman/ organ
5.   Mewangikan bau peluh badan
6.   Meransang saraf dan minda
7.  Meransang dan mengeluarkan mengeluarkan enzim yang bagus untuk memberi kekuatan pada badan.
8.  Memberi  ketahanan badan dan melancarkan perjalanan darah.
9.  Mengembalikan tenaga.

Kaedah:
1.  Rebus 2@3keping kayu/akar  sarsi dengan 1 liter air hingga mendidih. Dicampur dengan gula perang atau gula batu untuk menambahkan rasa manis. Minum setengah cawan 2x sehari.

2.  Boleh juga dibuat kordial sarsi yang asli/ original tanpa bahan pewarna dan perasa tiruan.

Jumaat, 30 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 3 : Teja Lawang


Pengenalan

  Pokok herba Teja Lawang merupakan sejenis tumbuhan yang senang didapati di kawasan kampung dan pinggir hutan. Ia biasanya tumbuh liar di kawasan tanah rata. Daun teja bersama daun medang turus yang direbus boleh digunakan sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampir sama. 

  Keseluruhan bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat.Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.

KEGUNAAN : 

1. Akar
 Ubat demam
 Menambah tenaga
 Menolak angin
 Astma
 Batuk
 Lumbago (sakit/sengal pinggang)
 Baik untuk ibu lepas bersalin

2. Daun dan Batangnya
 Penawar racun
 Untuk lemah-lemah tulang

3. Kulit Batang
 Ubat perut mulas
 Pelawas (cuci perut dan usus)

CARA-CARA PENGGUNAAN
1. Akar :
air rebusan (boleh dicampur dengan daunnya sekali, digunakan oleh mandi selepas bersalin. Selain itu boleh digunakan sebagai rawatan demam panas.

2. Daun : 
ditumbuk lumat, cecair diperah dan disapu pada luka akbit terkenan racun sumpitan getah Ipoh atau pun untuk sendi yang mengalami rheumatisme.

3. Pokok :
ambil sedikit kulitnya yang lembut. Kunyah, cecairnya ditelan. mampu merawat perut memulas. Boleh juga kulitnya dibancuh dengan teh herba untuk merangsang cirit birit (kaedah mencuci perut dan usus)

4. Daun :
minyak diekstrak dan digunakan sebagai perisa gula-gula, kuih muih serta manisan.

5. Batang :
digunakan untuk membuat ubat nyamuk, colok, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas kualiti tinggi, cat, gelas,fiber.

6. Kulit pokok: 
dijual di Sarawak yang juga dikenali sebagai ' mesni ' dan juga digunakan sebagai ramuan membuat teh, perisa, rempah ratus.


Kegunaan lain ;

  Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara Khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru bersalin.

Khamis, 29 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 2 : Rancang Besi



Pokok herba ini jenis berkayu/ berserat kasar. Batangnya keras berstruktur seperti lidi dengan diameter sehingga 1.5 sm dan licin.

 Daunnya pula berbentuk seperti sireh, berbentuk eliptik hingga lanseolat-eliptik atau ovat, mempunyai tiga urat daun yang jelas kelihatan, bahagian bawah daun lebar, hujung daun pula menirus, warna pada permukaan bawah putih kekelabuan dan permukaan atas licin.

 Infloresen tiada tangkai, bunga jantan kekuningan dan menghasilkan buah berwarna merah.

    Akarnya setompok-setompok dan menjalar.

 Taburan pokok ini tumbuh meluas di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan tanah rendah, cerun atau lereng bukit. Ia tumbuh di kawasan hutan dan tempat sejuk serta lembab.

Penyakit :
1.  Lemah tenaga batin
2.  Masalah urat saraf
3.  Penyakit gonorea
4.  Toksin dalam badan
5. Lumpuh 
6. Stroke
7.  Sakit sendi/tulang


Kaedah :

1. Akar dan batangnya direbus bersama ramuan pokok ubatan lain dan airnya diminum setiap pagi.
2. Dicampur dengan herba yang lain, untuk dimasak sebagai minyak urut.
3. Pucuknya boleh dibuat ulam.
4. Daunnya juga boleh dibuat sup

Ianya sesuai untuk lelaki dan wanita.

Selasa, 27 Ogos 2019

Khasiat Herba
Siri 1 : Buah Dinar


   Buah Dinar adalah sejenis herba yang sukar untuk ditemui.

   Menurut pengamal perubatan herba, Buah Dinar adalah herba penawar sejak zaman Nabi Allah Nuh a.s.  lagi. 

   Malah pada zaman tersebut buah ini digunakan sebagai matawang, disebabkan ketahanannya dan kesesuaiannya. Namun keberkesanannya sebagai penawar 1001 jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan ilmu hitam dan gangguan makhluk halus.

   Pada permukaan Buah Dinar tertera huruf huruf hijaiyah secara semulajadi. Ada yang mendapat buah dinar yang tertera perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya. 

   Dipercayai berkhasiat untuk merawat tubuh badan. Dari pengalaman mereka yang mengambilnya, diperingkat permulaan minum air Buah Dinar, tubuh badan mereka rasa sakit sementara, tetapi kemudian badan terasa ringan. Terpulang kepada keadaan sakit dan tubuh badan masing masing. 

   Buah Dinar di import dari tanah suci Mekah ini dipercayai digunakan sejak zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Sebelum minum buah ini hadiahkan Alfatihah sekali untuk Nabi Muhammad saw, Nabi Allah Alias a.s dan Nabi Allah Khidir . Insyaallah akan memberi kesan yang baik pada anda semua.

   Antara khasiat uah dinar adalah untuk masalah fizikal :

1. Kencing manis
2. Darah tinggi
3. Sakit jantung
4. Gout
5. Urat saraf
6. Sendi dan tulang
7. Migrain
8. Asma
9. Stroke
10. Buah pinggang
11. Usus berdarah
12. Kanser
13. Lemah tenaga batin

Kaedah :
1. 3 biji buah dinar direndamkan ke dalam satu cawan air suam. Biarkan 1 jam.
2.  Minum air rendaman satu cawan 3 kali sehari.
3. Buah dinar boleh digunakan sehingga warnanya bertukar menjadi kuning atau coklat pudar. Bolehlah dbuang. 

Khasiat dari segi penyakit spiritual atau rohani:
1. Gila
2. Kerasukan
3. Histeria
4. Bisikan atau bayangan jin
5. Meracau
6. Berjalan waktu tidur
7. Lemah semangat/ terkejut
8. Sihir
9. Panas baran
10. Sukar tidur

Kaedah :
1. 3 biji buah dinar direndamkan ke dalam satu cawan air suam. Biarkan 1 jam.
2.  Minum air rendaman satu cawan 3 kali sehari.
3. Sebiji buah dinar ditumbuk halus, dicampurkan dengan sedikit air, disapukan di dahi dijadikan pilis. Guna setiap kali selepas asar dan sebelum tidur. 
4. Sebiji buah dinar di rendamkan dengan 3 biji buah limau purut. Di buat mandian selepas asar pada setiap petang. 

In shaa Allah. Kita hanya Berusaha Berdoa dan Bertawakkal. Pada Allah swt kita berserah.