PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Sabtu, 4 September 2021

 Assalammualaikum wbt.

( Badi mayat bunuh diri )

Pada kali ini kita berkongsi sebuah video testimoni dari seorang pesakit. Beliau mengalami masalah gangguan fikiran. Beliau bekerja sebagai seorang promoter dan supplier barang-barang keperluan hosital. Rutin harian beliau adalah pergi ke hospital dan klinik tertentu untuk membuat pemeriksaan stock barang dan menghantar barang baru.

Pada suatu hari selepas pulang dari sebuah hospital, beliau merasa tidak selesa dan bermulanya gangguan perasaan. Gangguan yang berlaku berbentuk ' bisikan suara ' dan ' gerak hati ' supaya beiau terjun dari bangunan dan membunuh diri. Telah beberapa kali melakukan percubaan bunuh diri, namun sempat diselamatkan/ ditarik oleh ayah dan isteri beliau.

Alhamdulillah setelah gangguan jin tersebut dibuang. Kini beliau kembali hidup normal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.