PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Ahad, 4 April 2010

Assalammu'alaikum Dan Salam Sejahtera...


Urutan adalah salah satu kaedah dalam perubatan dan penjagaan kesihatan tubuh badan. Terdapat pelbagai jenis urutan di atas muka bumi Allah ini, tetapi perkhidmatan yang saya berikan hanyalah Urutan Tradisional Melayu.

Urutan Tradisional Melayu adalah berpanduka urat saraf. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit melibatkan urat saraf yang lemah dan pengaliran darah yang tersumbat atau rosak.

Ramai pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan menyatakan kaedah urutan yang diberikan di Pusat Urutan ini adalah berbeza dengan perkhidmatan di tempat lain. Ini adalah kerana kami memberikan perkhidmatan urutan yang betul-betul tradisional. Kebayakan pusat urut sediaada memberikan perkhidmatan picitan pada otot badan bukan urutan. Itulah yang telah diakui oleh pelanggan.

Oleh kerana masyarakat hari ini tidak mengamalkan amalan urutan badan secara sempurna dan tidak menjadikan ia sebagai rutin kesihatan, maka mereka tidak dapat membezakan antara ' URUTAN' dan 'PICITAN'.