PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Lain2 Perkhidmatan

Di Pusat Rawatan ini terdapat khidmat Rawatan Tradisional Alternatif Melayu Islam/ Uurtan Tradisional/ Bekam Sunnah. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit ialah gangguan makhluk halus, buatan orang, terkena rasukkan jin, saka, dan pelbagai lagi penyakit yang tidak dapat di X-RAY ataupun SCAN oleh doktor moden.

Kebanyakan masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai hal ehwal yang bersangkutan dengan Alam Ghaib. Ini berdasarkan pengalaman saya berbicara dengan pesakit dan juga ibu bapa pesakit. Walaupun secara terang-terangan pesakit  telah meracau-racau dan menjerit-jerit di depan mata, masih mereka tak percaya. Itulah masalah dan penyakit 'dalaman' masyarakat hari ini. Apabila kita tak percaya kepada Alam Ghaib, macam mana kita nak kenal Allah SWT...... Sebab salah satu cabang Iman ialah percaya kepada Alam Ghaib dan perkara-perkara Ghaib...