PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Rabu, 11 Jun 2014

Dulu Lain Sekarang Lain
 
 
 
Assalammualaikum. Dulu lain, sekarang lain. Itulah hakikat dunia hari ini. Kalau dulu bila pesakit jumpa perawat. Tidak kiralah apa pun penyakitnya zahir mahupun batin. Dulu pesakit tidak akan banyak 'songeh' atau tunjuk pandai. Mereka akan mendengar setiap pesanan dan arahan perawat ( bomoh, pawang, dukun atau ustaz kampung) dengan teliti dan melakukan sesuatu dengan penuh yakin dan harapan yang tinggi. Barulah Allah SWT makbulkan doa pesakit dan perawat tersebut. Maka sembuhlah dengan izin Allah SWT...
 
 
Tapi kini ramai pesakit yang lebih pandai dari perawat... Lain yang perawat cakap dan suruh buat dan lain pulak yang pesakit buat... Ayat yang biasa didengar ialah " saya ingat buat macam tu lagi senang" atau " saya rasa nak buat macam tu, jadi saya buat la macam tu".   Persoalannya.... 'Siapa Perawat' dan 'Siapa Pesakit'.... Allahhu Akhbar.
 
 
Bila tiada perubahan atau tiada kesan penyembuhan maka perawat akan dilabeklan sebagai PEMBOHONG.  Tapi salah siapa....  
 
 
Itulah sebabnya kenapa sekarang banyak sangat perawat ( bomoh,dukun ,pawang ,ustaz temberang) sebab  kalau dalam tempoh berubat jika kita memberitahu sesuatu yang benar susah sangat pesakit nak ikut dan faham. Jika seseoarang perawat tersebut temberang dengan pelbagai dakyah dan cerita karut marut pesakit akan 'naik syok'....
 
 
Contohnya guna minyak alam bunian la, keris bunian la, duit bunian la dan macam2 lagi...  Cuba fikir  dengan logik.. takan la minyak bunian berharga RM 50 k RM 200.  Senang sgt k dapat dari orang bunian.... Kalau betul mesti harga RM 100,000.00 ke RM 200,000.00  .  Tapi pesakit lebih percaya dengan cara tersebut.... apa boleh buat. Tepuk dahi la lepas tu.....
 
 
Maha Suci Allah... sesungguhnya manusia ini bersifat baharu. Ilmu dan pengetahuan manusia umpama setitik air dari lautan nan luas.
 
 
Wallahhu 'alam.