PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Khamis, 22 Julai 2010

Ragam Pesakit

Berdasarkan pengalaman mengurut, saya telah menemui pelbagai aneka ragam pesakit yang datang. Kebanyakan masalah ialah angin dalam badan. Masalah ini menyebabkan mereka mengalami lemah-lemah badan dan cepat penat. Puncanya ialah tidak menjaga diet makanan. Asalkan halaldan boehmakan, semua hentam...

Sepatutnya kita perlu memilih makanan mengikut keupayaan badan sendiri. Setiap orang berbeza ketahanan badannya. Ada orang tidak boleh makan kangkung takut sakit pinggang. Ada orang tidak boleh makan labu, nanti kembung perut. Dan macam-macam lagi. Oleh itu kalau nak sihat pandai-pandailah jaga diet makanan. Belajarlah dengan orang yang tahu.... TAK RUGI