PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Ahad, 8 September 2019

Khasiat Herba
Siri 6: Tebu Gajah


Nama lain : Akar manis, akar kulit manis

Ciri-ciri tumbuhan   
Sejenis tumbuhan pemanjat. Mempunyai daun yang bewarna kuning keperangan.

Taburan tumbuhan.              
Tumbuhan ini dijumpai dari Tenasserim dan selatan Thailand. Di Malaysia, ia tersebar di Perlis,Perak, Terengganu dan Pahang.

  Rasa manis dari tebu gajah memang tidak semanis tebu batang yang memiliki kandungan gula cukup tinggi. Akan tetapi, tebu gajah memiliki berbagai manfaat untuk kesihatan.

  Mengikut pengetahuan pengamal perubatan, tebu gajah adalah penawar untuk penyakit kencing manis...yang terutamanya.

 Untuk mengetahui jikalau seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis ataupun tidak, kulitnya dimamah dan jika terasa manisnya dari kulit tersebut maka individu tersebut normal.

 Tapi kalau tak merasa apa-apa, haynta tawar sahaja maka individu tersebut mengidap penyakit kencing manis. Oleh itu teras dari tebu gajah ini boleh dijadikan sebagai penawarnya. 

   Pada kebiasaannya Pokok Tebu Gajah terdapat di kampung-kampung, kawasan hutan ataupun bukit. Daunnya seakan daun petai belalang, batangnya sedikit lembut jika masih basah dan tidak terlalu besar, jika telah kering ia keras-padat.

   Biasanya pokok tebu gajah yang sihat sebesar paha belum ada teras. Manakala pokok tebu gajah yang sakit (umbi sakit atau berlubang) mempunyai teras.

   Terasnya berwarna merah dengan plot/ira jelas yang cantik. Terasnya ringan dan tidaklah terlalu keras/padat.

   Batang pokoknya yang masih basah/segar terasa manis. Manis batang pokoknya disukai oleh gajah -dari umbi hingga pucuknya dimakan gajah.

   Jika dimakan batang pokoknya -manisnya itu akan memotong rasa-rasa lain yang dimakan selepasnya. Contoh, jika dimakan buah rambutan selepasnya, manis buah rambutan akan hilang (tidak dirasai). Dikatakan, terasnya jika dibuat halus seperti lidi dan dicucuk dalam rokok, rokok akan terasa tawar bila dihisap.

   Batang yang basah/segar lebih terasa manis daripada batang yang sudah kering.
Manakala batangnya pula lebih manis daripada terasnya.

   Oleh kerana terasnya tidak mudah diperolehi, ianya diabadikan dalam bentuk  permata cincin atau tasbih. Asbab penyejuk dalaman diri, pedinding, pematah sihir, pengukuh kudrat dan tahan urat. Pakaian diri leluhur tua.

 Pedoman orang tua-tua mengatakan, teras tebu gajah merupakan suatu asbab besar sebagai pemanis diri dan penawar susuk isian.

   Khasiat :

1) penawar untuk kencing manis

 2) untuk kudis, kudis api /sipilis

3) penawar racun.

4) melancarkan peredaran darah

5) menurunkan kadar kolestrol

6) dijadikan sebagai antidiabetis

7) mengatasi batuk

8) menurunkan panas badan

9) menyembuhkan luka dalaman

10)Merawat darah tinggi

11) Sebagai penawar racun (antidot)

12) Penawar untuk demam

13) Mengubati sakit telinga

14) Membuang angin dalam badan

15) Ubat tenaga batin

16) Merawat Keputihan

17) Memberi tenaga

18) Baik untuk kesihatan wanita

19) Mengelakkan sakit-sakit badan

 20) Pelawas

 21) Meneutralkan kafein

22) Meningkatkan stamina

Kaedah :

1. kencing manis...ricisan batangnya direbus dan diminum

2. Sakit kulit/ kudis ... terasnya diasah dan dicomor pada kudis

3) penawar racun... ricisan batangnya direbus dan diminum

4) sakit telinga... daun diperah ke dalam telinga

Khamis, 5 September 2019

Khasiat Herba
Siri 5: Tengkuk Biawak



  Sejenis herba yang digelar Tengkuk Biawak, ianya banyak terdapat di dalam hutan tebal. Rupaa bentuk batangnyaa seperti usus manusiaa yang bengkak. Terdapat banyak khasiat pada herba ini , antaranya adalah digunakan sebagai ubatan bagi urat saraf dan otot badan.

Khasiat :

1.  Dapat menyembuhkan penyakit buasir serta keradangan otot dubur.

2.  Mengelak dan melegalan sakit pinggang

3. Melancarkan peredaran darah.

4.  Menyuci buah pinggang yang kotor.

5.  Membersihkan pundi kencing.

6.  Melancarkan aliran air kencing.

7.  Merendahkan tekanan darah dalam badan.

8. Menghilangkan lenguh- lenguh badan dan sendi.

9.  Menjauhkan risiko sakit jantung.

Kaedah :

1. Segenggam akar Tenkuk Biawak di rebus dengan 1 liter air. Diminum waktu pagi.