PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Selasa, 25 September 2018

Majlis Mandi Minyak dan Bubur Asyura 22 hb Sept 2018. Bersama abak-anak silat dari Teluk Intan, Kerinci dan Tambun. Alhamdulillah.













Isnin, 13 Ogos 2018

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt. Perubatan RM 5.50 cara mudah cara kampung terus menerima sambutan setiap kali diadakan pada hari Ahad. Perubatan ini tidak diadakan pada setiap minggu, bergantung pada jadual Tuan Guru. Oleh itu bagi pesakit yang berhajat, sila telefon untuk temujanji atau sebarang pertanyaan. 









Selasa, 22 Mei 2018

Program Perubatan Tradisional ke tempat2 tertentu dalam usaha membantu pesakit yang tidak berkemampuan untuk rawatan yang mahal dan terperinci.

Program di Kerinci, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 hb April 2018. Alhamdulillah dapat membantu ramai pesakit.

Bayaran fidiyah/mahar hanya RM 15.50 sahaja untuk kawasan yang jauh.







Sabtu, 19 Mei 2018

Assalammualaikum wbt




Ini adalah contoh perubatan tradisional alternatif berkenaan sakit gigi.  Bagi sesetengah orang akan kata pelik, tapi bagi yang beriman ini bukan suatu yang pelik. Begitu juga dengan kaedah yang kami guna untuk pindah penyakit pada ayam. Tiada yang mustahil dengan Kuasa Allah swt. Yang penting belajar ilmu tersebut untuk faham.





Isnin, 12 Mac 2018

Alhamdulillah. Tahniah kepada Jemaah Perguruan yang telah selesai berkursus dan diijazahkan taraf Tabib dan Bidan. 

Semoga ilmu yang dituntut dapat digunakan sebaik mungkin membantu sesama insan.

Segala petua diamalkan dan disampaikan supaya bermunafaat pada masyarakat umum. 

Malah segala pantang larang dijauhkan supaya mendapat keberkatan dalam kehidupan. 





Alhamdulillah. Ilmu yang munafaat banyak gunanya kalau pandai mengguakannya. 

Bak kata orang dulu-dulu " ilmu yang setitik menjadi selaut,  segenggam menjadi segunung". Hebat atau tidak ilmu tersebut bergantung kepada pengamalnya. 

Kata orang tua2 " benih yang baik kalau dilempar ke laut menjadi pulau,  kalau dilempar ke darat menjadi gunung".  







Selasa, 27 Februari 2018

Alhamduillah. Seperti biasa Kelas Pengajian Kitab dan Amalan untu setiap buan berjalan lancar, walau pun terdapat beberapa orang jemaah yang tidak dapat hadir disebabkan hal tertentu.
Semoga bagi jemaah yang hadir, ilmu yang diperolehi diamalkan dan kitab yang diberi dibaca serta dipahamkan. 
Jika hidup kita ada panduan yang betul berlandaskan Al Quran dan hadis, in shaa Allah selamat dunia dan akhirat. Jangan mencari ilmu untuk hebat di dunia sahaja, khuatir nanti di akhirat rugi.








Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt.

Selasa, 23 Januari 2018

Produk Rawatan dan Kesihatan.


    Untuk sesi rawatan yang menggunakan produk atau bahan rawatan berbentuk sapuan, makanan dan harian kami menggunakan produk yang dibuat khas oleh Tuan Guru.

    Produk-produk tersebut diadun menggunakan ramuan dan campuran pelbagai jenis bahan dan sumber yang diperolehi secara sendiri atau dibeli daripada peraih.

    Setiap produk yang telah siap diproses akan didoakan oleh Tuan Guru mengikut tujuan sesuatu produk itu dibuat atau hendak digunakan.

    Rahsia dan kaedah pembuatan produk ini diperolehi daripada Guru Tua yang merupakan seorang perawat juga. Berdasarkan tempoh pengalaman yang telah berpuluh tahun dilalui oleh Guru Tua dalam bidang rawatan dan perubatan, maka tahap keberkesanan dan keyakinan terhadap produk-produk ini tidak diragui oleh para perawat terkini dan juga pesakit.

   Oleh kerana proses untuk menghasilkan produk tersebut tidak mudah dan memakan masa yang lama, maka ilmu tradisi ini tidak diperturunkan atau diberikan kepada sebarangan individu. Hanya murid yang tekun dan sabar sabar dapat mewarisi kaedah dan petua untuk menghasilkan produk ini.

    Anatara beberapa produk yang dihasilkan dan digunakan oleh perawat kami ialah :



1) Minyak Merah.






    Minyak ini dihasilkan daripada beberapa bahan yang bersifat panas. Dikenali juga sebagai Minyak Panas. Majoriti perawat akan menggunakan minyak ini semasa merawat pesakit seperti urutan badan, urutan selepas bersalin, bengkak, terseliuh dan luka ( normal atau kencing manis ).

    Khasiat minyak ini dapat memanaskan kawasan yang disapu supaya tidak dimasuki angin yang boleh menyebabkan bengkak teruk atau kembung angin. Kebiasaannya minyak ini digunakan pada golongan remaja, dewasa dan warga emas sahaja. Tidak digalakan kepada kanak-kanak atau bayi keran sifatnya yang panas.

    Selain itu bertujuan untuk melancarkan peredaran darah, meransang saraf dan menghilangkan rasa sakit pada bahagian yang bermasalah.



2 ) Minyak Hijau.





    Minyak ini seperti juga Minyak Merah yang dihasilkan daripada bahan bersifat panas. Namun kadar dos kandungan herba dan ' panasnya ' dikurangkan. 

    Minyak Hijau adalah produk alternatif untuk kegunaan kaum Hawa yang tidak suka kepada Minyak Panas ( Minyak Merah ) serta kepada kanak-kanak dan bayi. 

    Boleh juga mengistilahkan minyak ini sebagai Minyak Telon yang biasa digunakan kepada bayi untuk mengelakkan daripada kembung angin atau angin pasang pada bagi bayi lelaki.

    Khasiat lagi minyak ini persis seperti Minyak Merah, namun kategori penggunanya sahaja berbeza.



3) Minyak Halia Bara.






    Minyak Halia Bara juga bersifat panas namun rasanya berbeza daripada Minyak Merah. Panasnya tidak dirasa dipermukaan kulit tetapi pada bahagian organ dalaman.

    Minyak ini khusus digunakan kepada ibu-ibu selepas bersalin sahaja. Semasa dalam proses berpantang dan perawatan urut, minyak ini disapukan pada bahagian perut ( peranakan ) untuk memanaskan, mengeluarkan darah beku, lendir dan sebagainya.

    Ini adalah herba yang sangat sukar didapati kerana tumbuh di kawasan hutan atau kaki bukit yang bersuhu dingin. Bunganya mengandungi minyak secara semula jadi dan berbau harum. Tumbuhan ini membiak dan subur bergantung kepada musim, suhu persekitaran dan jenis tanah. Harga yang dijual oleh peraih berbeza-beza mengikut kualiti dan kesukaran mendapatkannya.



4. Minyak 1000 Herba.





    Ini adalah minyak yang paling sukar dihasilkan. Kandungan minyak ini mengandungi pelbagai jenis herba kering dan pokok yang bersifat panas serta sejuk.

    Proses memasak minyak ini juga memakan masa yang sangat lama. Minyak ini setelah ' masak ' , direnehkan diatas dapur selama beberapa hari tanpa dimatikan apinya. Tujuannya adalah supaya pokok-pokok tersebut mengeluarkan zat penyembuhan yang diperlukan.

    Cara penggunaannya yang biasa dipraktikkan oleh perawat ialah mencampurkan minyak ini dengan Minyak Merah bagi pesakit yang mengalami masalah saraf dan dalaman.

    Namun boleh juga digunakan tanpa dicampur dengan sebarang produk lain. 



5. Minyak Aura.




    Minyak ini ialah minyak wangi yang diisikan dengan bacaan ruqyah/ jampi menggunakan Surah tertentu, petikan Ayat Al Quran dan doa-doa mustajab. 

    Tujuan utama penggunaan Minyak Aura adalah untuk membantu pesakit mengembalikan ' aura ' pelindung sekitar tubuh supaya menjadi normal dan sihat.

    Kaedah penggunaanya adalah dengan cara mnyapu ke kawsan tertentu dan menyedut melalui lubang hidung. Bauan yang wangi dapat memberikan ketenangan beserta ' isi ' doa dan ayat Al Quran sebagai medium penyembuh sesuatu penyakit serta masalah.



6. Kapsul Vita - S  ( Vitamin Sunnah ).




    Di dalam Kitab Tibbul Nabawi dan kitab-kitab perubatan tradisi yang lama, terdapat penjelasan mengenai beberapa bahan seperi madu, minyak zaitun, habatus sauda, delima, buah tin, kurma dan sebagainya yang boleh menjadi bahan untuk rawatan kesihatan tubuh manusia.

    Oleh itu dengan gabungan beberapa bahan tertentu seperti madu tualang, habatus sauda dan sebagainya lagi maka dijadikan kapsul. Khasiat utama produk ini adalah untuk menjaga tubuh badan daripada serangan penyakit melalui peningkatan imun badan. 

    Selain itu dapat menyembuhkan luka dalaman, melancarkan peredaran darah, meransang saraf dan beberapa organ penting seperti jantung, hati dan usus.

    Produk ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja dan mudah juga digunakan dalam apa jua keadaan serta tempat.



7. Bawang Cuka dan Herba.



    Ini adalah produk yang merupakan bawang putih sebagai bahan utama rawatan beserta ramuan cuka dan beberapa herba tambahan yang dicampurkan dengan nisbah tertentu.

    Produk ini sangat mujarab bagi individu yang sering demam, bersin dan berpenyakit kulit. Ini kerana bahannya diadun untuk meransang dan meningkatkan sistem imun badan pesakit. 

    Produk ini juga menjadi amalan para perawat sebagai usaha melindungi diri daripada jangkitan penyakit bawaan oleh pesakit yang datang berhadapan semasa sesi rawatan.



8. Kopi Herba.





    Minuman kopi adalah suatu minuman tradisi Bangsa Melayu. Namun kini terdapat banyak di pasaran kopi yang diolah dengan penambahan pelbagai perisa dan rasa. Tidak dinafikan produk tersebut sangat diminati dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarat yang berbilang kaum.

    Oleh itu kami mengeluarkan suatu produk berunsurkan kopi yang diolah dengan campuran pelbagai jenis herba tradisional. Setiap daripada herba tersebut mempunyai fungsinya sendiri seperti memanaskan badan, melancarkan darah, mengeluarkan angin, menenangkan minda dan sebagainya lagi.

    Kebiasaannya kita mendengar apabila orang ramai menyebut ; " Minum kopi akan menghilangkan mengantuk " . Tetapi berlainan dengan kopi ini kerana :

  1. Akan memudahkan tidur bagi yang bermasalah di waktu malam
  2. Akan menghilangkan ' stress ' dan menenangkan fikiran, terasa lapang
  3. Merehatkan minda ketika letih
    Kopi ini telah dipasarkan di pusat rawatan setelah hampir 15 Tahun. Ianya tidak dijual secara bebas di kedai runcit dan pasar raya demi menjamin keasliannya supaya tidak terdapat produk tiruan.

    

9. Set ibu dan anak.



    Untuk para ibu dan anak, terdapat set yang mengandungi Minyak Buah Pala untuk si ibu dan Minyak Telon untuk si bayi. 

    Kegunaan utama set ini adalah untuk digunakan selepas mandi dan pada waktu malam sebelum tidur. Ini bertuuan supaya badan si inu dan si anak tidak dimasuki oleh angin sehingga boleh memudaratkan.