Kitab Selawat : Rawatan dan Perlindungan. Amalan para Perawat. Ijazah dan Kaedah.
Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.
Jumaat, 1 Disember 2023
Isnin, 3 Julai 2023
Cawangan Pusat Rawatan : Warisan Tradisional Klang
Rabu, 28 Jun 2023
Dulu dan Kini.
Kenangan mengimbau.... Masih di sini...
Bermula 2002...
Sabtu, 4 September 2021
Assalammualaikum wbt.
( Badi mayat bunuh diri )
Pada kali ini kita berkongsi sebuah video testimoni dari seorang pesakit. Beliau mengalami masalah gangguan fikiran. Beliau bekerja sebagai seorang promoter dan supplier barang-barang keperluan hosital. Rutin harian beliau adalah pergi ke hospital dan klinik tertentu untuk membuat pemeriksaan stock barang dan menghantar barang baru.
Pada suatu hari selepas pulang dari sebuah hospital, beliau merasa tidak selesa dan bermulanya gangguan perasaan. Gangguan yang berlaku berbentuk ' bisikan suara ' dan ' gerak hati ' supaya beiau terjun dari bangunan dan membunuh diri. Telah beberapa kali melakukan percubaan bunuh diri, namun sempat diselamatkan/ ditarik oleh ayah dan isteri beliau.
Alhamdulillah setelah gangguan jin tersebut dibuang. Kini beliau kembali hidup normal.
Assalammualaikum wbt.
( Period tak berhenti)
Kali ini sebuah video berkenaan seorang pesakit wanita yang darah haid/ period tak berhenti. Telah banyak tempat beliau pergi berubat namun belum menemui kesembuhan. Sehinggalah pada suatu hari beliau telah datang sendiri ke pusat rawatan Warisan Tradisional. Alhamdulillah dengan azam dan semangat yang tidak berputus asa, kini darah haid telah berhenti. Sebulan kemudian beliau datang untuk membuat rawatan susulan dan memaklumkan bahawa telah datang haid dan berhenti seperti keadaan normal. Tiada lagi masalah seperti sebelum dirawat. Syukur kepada Allah SWT.
Khamis, 2 September 2021
Assalammualaikum wbt.
( Sihir tempat berniaga dan saka )
Alhamdulillah, hari ini kita berkongsi mengenai seorang pesakit yang mengalami banyak masalah.
Masalah pertama adalah isteri beliau yang sering sakit badan, period tak teratur, suka marah-marah, mimpi yang menakutkan dan sentiasa tidak tenang dan berdebar.
Masalah kedua adalah masalah tempat berniaga, menurut kata beliau, beberapa bulan kebelakangan ini pelanggan sangat kurang. Sedangkan sebelum ini perniagaan sangat rancak dan banyak pembeli. Tetapi sejak ada seseorang sering datang ke kedainya pada waktu petang, hanya lalu ulang alik di depan kedainya tetapi tdak masuk. Maka bermula detik tersebut tiada lagi pelanggan yang datang.
Semasa rawatan , dijumpai satu Lembaga Hitam ( jin kafir dan fasik )berdiri di hadapan pintu utama kedai. Pasukan perawat terpaksa masuk melalui pintu belakang, untuk menangkap makhluk tersebut.
Alhamdulillah, selepas rawatan, kedai beliau semakin banyak pelanggan dan hubungan dengan isteri bertambah baik.
BERUSAHA BERDOA BERTAWAKKAL.
Assalammualaikum wbt.
( Saka bertahun sakit )
Kali ini kita berkongsi video pesakit yang telah sakit selama 32 tahun. bermulanya sakit semasa mengadungkan anak pertama.
Kemudian selepas bersalin anggota badan sering sakit-sakit. Pelbagai cara dan bermacam jenis perawat telah di usahakan, namun kesembuhan belum tiba. Sehinggalah beliau datang berubat ke Pusat Rawatan Warisan Tradisional di Kapar Klang. Alhamdulillah seteh 6 bulan berusaha maka Allah SWT telah memberikan kesembuhan sepenuhnya.