PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Khamis, 2 September 2021

 Assalammualaikum wbt.

( Sihir tempat berniaga dan saka )

Alhamdulillah, hari ini kita berkongsi mengenai seorang pesakit yang mengalami banyak masalah.

Masalah pertama adalah isteri beliau yang sering sakit badan, period tak teratur, suka marah-marah, mimpi yang menakutkan dan sentiasa tidak tenang dan berdebar.

Masalah kedua adalah masalah tempat berniaga, menurut kata beliau, beberapa bulan kebelakangan ini pelanggan sangat kurang. Sedangkan sebelum ini perniagaan sangat rancak dan banyak pembeli. Tetapi sejak ada seseorang sering datang ke kedainya pada waktu petang, hanya lalu ulang alik di depan kedainya tetapi tdak masuk. Maka bermula detik tersebut tiada lagi pelanggan yang datang. 

Semasa rawatan , dijumpai satu Lembaga Hitam ( jin kafir dan fasik )berdiri di hadapan pintu utama kedai. Pasukan perawat terpaksa masuk melalui pintu belakang, untuk menangkap makhluk tersebut.

Alhamdulillah, selepas rawatan, kedai beliau semakin banyak pelanggan dan hubungan dengan isteri bertambah baik.

BERUSAHA BERDOA BERTAWAKKAL.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.