PUSAT RAWATAN TRADISIONAL SENUSANTARA

Rawatan Tradisional Cara Islam. Menggunakan Doa dan Bahan Semulajadi.

Selasa, 10 Ogos 2010

Perkhidmatan Rawatan Alterrnatif Melayu

Di Pusat Urutan ini juga terdapat khidmat Rawatan Tradisional Alternatif Melayu. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit ialah gangguan makhluk halus, buatan orang, terkena rasukkan jin, saka, dan pelbagai lagi penyakit yang tidak dapat di X-RAY ataupun SCAN oleh doktor moden.
Kebanyakan masyarakat hari ini sudah tidak mempercayai hal ehwal yang bersangkutan dengan Alam Ghaib. Ini berdasarkan pengalaman saya berbicara dengan pesakit dan juga ibu bapa pesakit. Walaupun secara terang-terangan pesakit telah meracau-racau dan menjerit-jerit di depan mata, masih mereka tak percaya. Itulah masalah dan penyakit 'dalaman' masyarakat hari ini. Apabila kita tak percaya kepada Alam Ghaib, macam mana kita nak kenal Allah SWT...... Sebab salah satu cabang Iman ialah percaya kepada Alam Ghaib dan percaya kepada perkara-perkara Ghaib...
Cara pengubatan kami cukup mudah..... melalui air penawar yang didoakan sahaja. (Bergantung kepada tahap serius sesuatu penyakit).
Bayaran untuk perubatan- Ikhlas kerana Allah Taala. Ikut kemampuan pesakit. (jangan le datang berubat naik BMW  k  Porche  k, bila hulur duit .........RM 5.00, katanya ini je yang ada.)   Subhanallah.   Itulah pengalaman saya. Bukan kami nak duit sangat......, tapi patut-patut la bila dah cakap ikhlas.                   Fikir- fikirkanlah, timbang-timbangkanlah wahai sekalian umat manusia............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.